Sila Gunakan Pelayar Firefox Untuk Paparan Terbaik

Tuesday, November 9, 2010

ILMU TAUHID

tAUHID

Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian atau jenis:

Tauhid Rububiyah:

Tauhid Rububiyah ialah meyakini,mempercayai serta mengesakan Allah s.w.t dalam segala perbuatan-Nya seperti Allah lah yang mencipta,memberi rezki,mengatur segala urusan,mematikan,menghidupkan dan sebagainya. ( Segala perkara daripada Allah kepada hamba-Nya ). Tauhid jenis ini juga dipercayai oleh orang-orang kafir di zaman Rasulullah s.a.w, tetapi hal ini tidak menyebabkan mereka menjadi seorang muslim.

Tauhid Uluhiyah:

Tauhid Uluhiyah ialah mengesakan Allah dengan segala bentuk ibadat yakni segala bentuk ibadat hanyalah untuk Allah s.w.t sahaja seperti doa,tawakal,minta pertolongan,meminta pertolongan dan sebagainya hanyalah kepada Allah sahaja. ( daripada hamba kepada Allah ).

Tauhid Asma’ dan Sifat:

Tauhid Asma’ dan Sifat yakni beriman kepada setiap nama dan sifat Allah s.w.t yang ada di dalam al-Quran dan hadith-hadith soheh.

Saya rasa tidak perlu untuk diulas panjang tentang pembahagian tauhid diatas. Pembaca semua lebih arif mengenainya daripada saya. saya cuma menyenaraikan sahaja point2 penting dan yang lebih mustahak semuanya atas diri kita. jika kita rasa kita masih kurang ilmu didada, masih kurang dan lemah lagi tentang ilmu Tauhid yang asas. Maka adalah lebih baik,kita berguru daripada membaca tanpa berguru. sebab ilmu tauhid ini merupakan ilmu roh dan akal. Akal kita kadang2 tidak mampu untuk menafsirkan apa falsafah yang terkandung dalam tuntutan Ilmu Tauhid itu. sebab itu kita perlu berguru. Dan guru pula bukan sebarangan guru, mereka mestilah guru yang Mursyid. Guru yang Mursyid ialah guru yang pakar dalam bidang tersebut. Disamping itu juga mereka mestilah mempunyai akhlak dan peribadi yg melambangkan Islam yg sebenar. 

wallahu a'lam...

Teruskan Membaca¶¶

Sunday, November 7, 2010

Jadilah Perintis, Jangan Hanya 'Copy Paste'

Apabila kita diminta melakukan sesuatu dan menjayakan sesuatu misi, maka sepatutnya kita bukan hanya sekadar mengangguk dan wat bulat-bulat akan sebagaimana contoh perancangan. Itu mungking perancangan akan berjaya, tapi tidak puas. Tahap kepuasan bagi seorang pemikir tidak dinikmati.

Seorang pemikir, baginya apa satu benda yang dirasakan nikmat dan puas. Iaitu melihat perancangan yang difikirkan berjaya. Dan dalam masa yang sama ketika menanti akan masa munculnya perancangannya itu, pasti akan terasa berdebar dan teruja. Teruja adakah perancangan yang diimpikan akan menjadi realiti, teruja melihat fantasi bertukar kepada realiti.

So, apabila perancangan yang dilakukan hanya 'copy paste' tanpa mengerah sepenuh otak dan akal yang ada, pastinya tidak muncul perasaan seperti yang dikatakan di atas. Tidak ada rasa teruja dan tidak berasa nikmat apabila perancangan yang dilakukan sudah tamat apatah lagi berasa puas melihat kejayaan yang dirancang.

Sebab itu untuk mengelakkan daripada hanya konsep 'copy paste', pemikiran dan perancangan mesti mengatasi kotak pemikiran iaitu mengatasi lingkungan pengalaman yang lalu. Iaitu pengalaman lepas hanya sekadar panduan dan supaya berwaspada itu ada, namun perancangan mesti lebih daripada yang lepas. Kalo yang lepas tidak mampu, pastikan yang kehadapan mampu. Sekiranya yang lepas, banyak kucar kacir, pastikan perancangan yang kehadapan tidak dibayangi akan ketakutan gagal ekoran kucar kacir yang lepas.

Itu maksudnya...

Pemikir mesti terus berfikir, bukan meniru. Mesti terus mencipta. Menilai sekeliling. Membandingkan suasana yang sesuai. Mencuba menjurus kepada situasi yang lebih menarik bagi meraih peredaran masa. Terus berfikir memberikan yang terbaik. Bukan hanya memberi semata-mata akan tetapi pemberian yang bagaimana orang akan kenang dan puas, itu yang mesti difikirkan.

Justeru, untuk menjadi perintis, mesti memiliki beberapa alat senjata yang asas iaitu :

- memahami sejarah
- mampu menilai akan suasana semasa
- turun ke medan untuk kajian
- berani melaksanakan apa yang lepas tidak mampu
- sanggup merancang 3 sehingga 4 pelan bagi menjayakan perancangan yang dibuat
- berusaha menjadikan konsep 'asal bagi sesuatu perancangan adalah mudah'

Teruskan Membaca¶¶

Saturday, November 6, 2010

LANGKAH MENYEDIAKAN BAJET

LANGKAH 1

Isi ruang sumber bajet dan pendapatan sebenar keluarga.

senaraikan semua pendapatan tetap bulanan.Pendapatan tetap keluarga merangkumi pendapatan setiap ahli keluarga  yang menyubang dalam membiayai perbelanjaan keluarga itu.Senaraikan juga pendapatan sampingan seperti royalti,bonus,kerja lebih masa atau pendapatan sewa.Supaya anda dapat lihat dengan jelas,rekodkan dan jumlahkan atas kertas.

LANGKAH 2

Isi ruang perbelanjaan.

Mengisi ruang ini mungkin agak sukar kerana setiap keluarga punya cara perbelanjaan masing-masing.Malah senarai perbelanjaan barangkali lebih panjang berjela daripada senarai pendapatan!Jenis perbelanjaan dapat dikenal pasti semula berdasarkan rekod dan resit yang nada simpan (inilah gunanya!).Disini juga,anda dapat lihat perbelanjaan mana yang mengikut keperluan atau kehendak nafsu saja.Mungkin juga ada barang yang tidak penting yang telah anda beli.Disini juga,anda akan dapat merancang dengan bijak supaya pada hujung bulan,anda ada lebihan wang untuk disimpan.

LANGKAH 3

Tolak jumlah perbelanjaan bulanan daripada jumlah pendapatan bulanan.

Hasilnya,anda akan dapat lihat sama ada anda seorang pengurus kewangan yang baik atau sebaliknya.Sekiranya jumlah perbelanjaan kurang daripada pendapatan,tahniah diucapkan.Sekiranya pendapatan anda tidak berbaki langsung (atau langsung negatif),tentu ada kesilapan di mana-mana dalam tabiat berbelanja anda.Atau barangkali anada perlu lipat gandaan usaha untuk menambah pendapatan.Semuanya di tangan anda sekarang!

Teruskan Membaca¶¶

Wednesday, November 3, 2010

MENGHIDUPKAN TUNTUTAN ISLAM


Kita ketahui menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara'. Kini Khilafah tidak wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah, kewajiban ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban untuk bersama-sama MENEGAKKAN ISLAM.

Kami hanyalah pemuda-pemuda yang inginkan keadaan aman damai, penuh keberkatan penuh, keadilan, dan jaminan ketenteraman dengan keindahan-keindahan yang datangnya dari islam.

Keindahan ini pada ketika dulu kita miliki "ISLAM YA'LU WALA YU'LA ALAIH" dahulunya kita dapat rasakan bersama. 1300 tahun. 14 abad kita pernah mengengam 2/3 dunia. Tp kini ianya pudar ditelan zaman. Lapuk dek usia. Islam kini hanya tinggal pada namanya...

Tak dapat dibayangkan bagaimana rasanya bila generasi kita akan datang, anak cucu cicit kita hidup makmur, aman tenteram, terjaga atau terjamin kehormatan mereka, tiada lagi penindasan terhadap islam, tiada lagi batasan terhadap mengembangkan islam, dan yang paling penting umat NABI MUHAMMAD INI KEMBALI BERSATU HATI, PEMERSATUAN SELURUH UMMAH BERLAKU DIHADAPAN MATA DENGAN KEHIDUPAN YANG MENERAPKAN ISLAM DAN SEGALA SISTEMNYA SERATUS PERATUS SEPERTI MANA SERUAN YANG TURUN DARI LANGIT (WAHYU @ KALAM ALLAH) ,

Pada ketika itu semuanya kembali terurus dan terjaga, tiada lagi maksiat bermaharajalela, tiada lagi pembunuhan kekejaman berlaku dimana-mana. Dimana pada ketika itu pengabdian setiap umat HANYALAH KEPADA ALLAH S.W.T.

MUSTAHILKAH INI???
RELEVANKAH KEHIDUPAN INI???
BENARKAH INI AKAN TERJADI???

Sedarlah wahai saudara-saudaraku JANJI ALLAH ITU PASTI, JANJI RASUL ITU PASTI. IANYA AKAN SEGERA TEGAK BERDIRI, MENGUKUHKAN ISLAM YANG DULUNYA MATI, MENYELAMATKAN UMAT DARI PERKARA MERUSAK DIRI, MENYELAMATKAN PEMERINTAH DARI MENJADI BAKARAN API.

Sesungguhnya kami pemuda-pemuda yang inginkan tertegaknya khilafah tidak akan pernah diam dan tidak sabar menantikan kehidupan yang aman permai itu sambil menghirup udara segar yang tenang, sambil hati dengan tegar membisik kalimah tasbih, tanpa perpecahan sempadan atau benua dengan secangkih kopi diminum bersama pemuda di PALESTIN.

SESUNGGUHNYA SAAT ITU SEMAKIN HAMPIR.N AKAN SEMAKIN HAMPIR LAGI DENGAN DUKUNGAN SELURUH UMAT ISLAM YANG PENTINGKAN PEMERSATUAN UMMAH DAN PENEGAKKAN SYARIAH.

Kami menyeru kepada seluruh umat islam, tokoh-tokoh islam, pejuang-pejuang islam, pengembang-pengembang syariat islam, para pemerintah tertinggi, para ilmuwan yang sejati, para kedoktoran yang berpekerti, para pelajar yang tercari-cari, para penduduk perkotaan, pendesaan."

AYOH KITA BUANG EGO KITA BUANG SEMANGAT PERKAUMAN KITA BUANG SEGALA KEPENTINGAN PERIBADI KITE, BUANG SEGALA MANFAAT YANG KITA PERJUANGKAN SELAMANYA, PERJUANGKANLAH ISLAM YANG 100% AGAR IA MENJADI SAKSI KITE DI HADAPAN ALLAH KELAK."

TAKBIIIIR...ALLAHUAKBAR

Teruskan Membaca¶¶

Wednesday, October 27, 2010

Sedikit peringatan - Fikir-fikirkanlah....




1. Apa gunanya wajah yangg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga...fikir-fikirkanlah.

2. "Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat iaitu :

a- Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.
b- Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.
c- Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu           mengamalkan isinya).
d- Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.
e- Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.
f- Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya." ..fikir-fikirkanlah

3. "Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat  sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah.Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."..fikir-fikirkanlah

4. Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya, Daripada banyak yang memudaratkan, Berkat di dunia oh indah nikmatnya, Berkat di akhirat balasannya syurga..fikir-fikirkanlah

5. "Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih". - Ibnu Maqaffa...fikir-fikirkanlah

6. "Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat   Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."..fikir-fikirkanlah

#LAZIMKANLAH DIRIMU DENGAN MEMPERBANYAKKAN ZIKIR DAN FIKIR#

-Ibnu Muslim-

Teruskan Membaca¶¶

Sunday, October 24, 2010

FESYEN MENUTUP AURAT YANG SEBENAR DI SISI ISLAM



Assalamualaikum pengunjung budiman. Memang kacau bilau haru biru IFF (Islamic Fesyen Festival) Datin RM di Monte Carlo baru-baru ni.......Fesyen islamik beliau sebenarnya fesyen faasiqeen wal jahili wal tak ngajik wal membuta tuleek wal hina islamik. Fesyen islamik sebenar adalah seperti diatas kak Semah !! Tengok betol-betol ...

" ..dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu " Al Ahzab: 33

Rasulullah saw melihat kaum perempuan diazab di dalam neraka dengan pelbagai rupa 'azab. Diantaranya dilihatnya perempuan yang digantung dengan rambutnya menggelegak otaknya.
"Adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya itu ialah kerana dahulu (di dunia) ia tiada menutup rambutnya daripada pandangan laki-laki ajnabi" . Sabda baginda lagi;

" Sesungguhnya termasuk ahli neraka , iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.".(riwayat Muslim). A'uzubillahi minzallik.

Teruskan Membaca¶¶

Saturday, October 23, 2010

Nasihatilah Manusia Walaupun Engkau Seorang Pendosa

Nasihatilah Manusia Walaupun Engkau Seorang Pendosa
Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.

Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tercinta.

Teruskan Membaca¶¶

Tuesday, October 19, 2010

Mutiara Hidup

Musuh utama manusia adalah dirinya sendiri,
Kegagalan utama manusia adalah kesombongannya.
Kebodohan utama manusia,
Adalah sifat menipunya.
Kesedihan utama manusia,
Adalah rasa iri hatinya.
Kesalahan utama manusia,
Adalah mencampakkan dirinya,
Dan orang lain.
Sifat  manusia yg terpuji adalah rendah hati,
Sifat manusia yang paling diuji adalah semangatnya,
Kehancuran terbesar manusia adalah putus asa,
Harta utama manusia adalah kesihatan.
Hutang terbesar manusia adalah sifat berkeluh-kesah,
dan tidak memiliki kebijaksanaan,
Ketenteraman manusia adalah,
Suka bersedekah dan beramal.
Segala pekerjaan mudah untuk dilakukan kecuali satu hal,
Memahami apa adanya tanpa mempersoalkan 'kekurangannya'.
Sebagaimana diri kita, demikian juga makhluk lain,
Sebagaimana makhluk lain, demikian juga diri kita.
Dengan memikirkan mereka, dengan membandingkan mereka,
Tidak seharusnya kita saling berselisih, bertengkar,
Dan membunuh atau menyebabkan hal itu.

*Dipetik dari www.iluvislam.com.

Teruskan Membaca¶¶

Saturday, October 16, 2010

Hanya Serban, Tongkat & Cawan

Diceritakan bahawa ketika saat sakaratulmaut datang menjengah Salman al-Farisi beliau menangis sehinggakan sahabat-sahabat yang berada di sekelilingnya merasa hairan lalu bertanya kepadanya : “Apa yang membuatkan kamu menangis wahai Salman?.” Salman lalu menjawab : “Aku menangis kerana teringat sabdaan Kekasihku Rasulullah s.a.w yang berbunyi :
ليكن زاد أحدكم من الدنيا كزاد الراكب
“Hendaklah kamu berbekal untuk kehidupan dunia ini seperti perbekalan orang yang sedang berada di atas kapal.”[i] Sedangkan perbekalan kita adalah dunia itu sendiri dan seluruhnya.”  Lalu para sahabat yang berada di sekeliling Salman berkata: “Mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu wahai Salman. Namun, kami melihat engkau tidak mengambil apa-apa bahagian dari dunia ini melainkan hanya serban, tongkat dan cawan yang menjadi kegunaanmu. Beliau menjawab: “Apakah kamu menganggap remeh hal ini, sesunggunhya aku takut pada hari kiamat nanti ditanya tentang serban, tongkat dan cawanku ini.”
Allahu rabbi, inilah kehebatan zuhud para sahabat yang terlalu takut untuk mengambil dunia secara berlebih-lebihan melainkan mengambilnya sekadar keperluan untuk hidup. Hebatnya kezuhudan Salman al-Farisi kerana walaupun mengambil dunia sekadar keperluan untuk hidup tapi masih bimbang akan di soal di hadapan Allah di hari akhirat nanti.
Orang yang akan menaiki kapal hanya akan membawa bekalan-bekalan yang penting sahaja yang akan digunakan di atas kapal. Mereka tidak akan membawa segala barang-barang yang dimiliki untuk dibawa berasama mereka di atas kapal. Begitu juga dengan kita yang hidup di dunia ini tidak dapat  membawa segala apa yang kita miliki di dunia ini ke dalam kubur melainkan kita hanya boleh membawa amal soleh yang dilakukan sewaktu hidup di dunia.
Cuba hitung diri kita, sejauh mana kita mengambil dunia adakah kita mengambil dunia sekadar keperluan atau kita mengambil dunia seolah-olah kita merasakan bahawa kita tidak akan menemui kematian. Cuba kita bayangkan dengan hanya tiga harta yang dimiliki oleh Salman al-Farisi sewaktu diambang sakaratulmaut pun sudah cukup merisaukannya  untuk berdepan dengan persoalan yang akan ditanya oleh Allah bagaimana kita yang memiliki berbagai-bagai jenis harta dan kekayaan?

Teruskan Membaca¶¶

NAMIMAH (MENGADU DOMBA)

Berbicara mengenai bahaya lisan memang tidak ada habisnya. Lisan, hanya ada satu di tubuh, tapi betapa besar bahaya yang ditimbulkan olehnya jika sang pemilik tak bisa menjaganya dengan baik. Ada pepatah yang mengatakan “mulutmu adalah harimaumu”, ini menunjukkan betapa bahayanya lisan ketika kita tidak menjaganya, sedangkan pepatah jawa mengatakan ajining diri ono ing lati, yang maknanya bahwa nilai seseorang ada pada lisannya, nilainya akan baik jika lisannya baik, atau sebaliknya.

Bahkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi jaminan surga pada seorang muslim yang dapat menjamin lisannya. Dari Sahal bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa menjamin untukku apa yang ada di antara kedua dagunya (lisan) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (kemaluan/farji), maka aku akan menjamin untuknya surga.” (HR. Al-Bukhari)

Teruskan Membaca¶¶