Sila Gunakan Pelayar Firefox Untuk Paparan Terbaik

Wednesday, October 27, 2010

Sedikit peringatan - Fikir-fikirkanlah....




1. Apa gunanya wajah yangg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga...fikir-fikirkanlah.

2. "Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat iaitu :

a- Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.
b- Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.
c- Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu           mengamalkan isinya).
d- Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.
e- Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.
f- Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya." ..fikir-fikirkanlah

3. "Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat  sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah.Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."..fikir-fikirkanlah

4. Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya, Daripada banyak yang memudaratkan, Berkat di dunia oh indah nikmatnya, Berkat di akhirat balasannya syurga..fikir-fikirkanlah

5. "Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih". - Ibnu Maqaffa...fikir-fikirkanlah

6. "Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat   Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."..fikir-fikirkanlah

#LAZIMKANLAH DIRIMU DENGAN MEMPERBANYAKKAN ZIKIR DAN FIKIR#

-Ibnu Muslim-

Teruskan Membaca¶¶

Sunday, October 24, 2010

FESYEN MENUTUP AURAT YANG SEBENAR DI SISI ISLAM



Assalamualaikum pengunjung budiman. Memang kacau bilau haru biru IFF (Islamic Fesyen Festival) Datin RM di Monte Carlo baru-baru ni.......Fesyen islamik beliau sebenarnya fesyen faasiqeen wal jahili wal tak ngajik wal membuta tuleek wal hina islamik. Fesyen islamik sebenar adalah seperti diatas kak Semah !! Tengok betol-betol ...

" ..dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu " Al Ahzab: 33

Rasulullah saw melihat kaum perempuan diazab di dalam neraka dengan pelbagai rupa 'azab. Diantaranya dilihatnya perempuan yang digantung dengan rambutnya menggelegak otaknya.
"Adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya itu ialah kerana dahulu (di dunia) ia tiada menutup rambutnya daripada pandangan laki-laki ajnabi" . Sabda baginda lagi;

" Sesungguhnya termasuk ahli neraka , iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.".(riwayat Muslim). A'uzubillahi minzallik.

Teruskan Membaca¶¶

Saturday, October 23, 2010

Nasihatilah Manusia Walaupun Engkau Seorang Pendosa

Nasihatilah Manusia Walaupun Engkau Seorang Pendosa
Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.

Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tercinta.

Teruskan Membaca¶¶

Tuesday, October 19, 2010

Mutiara Hidup

Musuh utama manusia adalah dirinya sendiri,
Kegagalan utama manusia adalah kesombongannya.
Kebodohan utama manusia,
Adalah sifat menipunya.
Kesedihan utama manusia,
Adalah rasa iri hatinya.
Kesalahan utama manusia,
Adalah mencampakkan dirinya,
Dan orang lain.
Sifat  manusia yg terpuji adalah rendah hati,
Sifat manusia yang paling diuji adalah semangatnya,
Kehancuran terbesar manusia adalah putus asa,
Harta utama manusia adalah kesihatan.
Hutang terbesar manusia adalah sifat berkeluh-kesah,
dan tidak memiliki kebijaksanaan,
Ketenteraman manusia adalah,
Suka bersedekah dan beramal.
Segala pekerjaan mudah untuk dilakukan kecuali satu hal,
Memahami apa adanya tanpa mempersoalkan 'kekurangannya'.
Sebagaimana diri kita, demikian juga makhluk lain,
Sebagaimana makhluk lain, demikian juga diri kita.
Dengan memikirkan mereka, dengan membandingkan mereka,
Tidak seharusnya kita saling berselisih, bertengkar,
Dan membunuh atau menyebabkan hal itu.

*Dipetik dari www.iluvislam.com.

Teruskan Membaca¶¶

Saturday, October 16, 2010

Hanya Serban, Tongkat & Cawan

Diceritakan bahawa ketika saat sakaratulmaut datang menjengah Salman al-Farisi beliau menangis sehinggakan sahabat-sahabat yang berada di sekelilingnya merasa hairan lalu bertanya kepadanya : “Apa yang membuatkan kamu menangis wahai Salman?.” Salman lalu menjawab : “Aku menangis kerana teringat sabdaan Kekasihku Rasulullah s.a.w yang berbunyi :
ليكن زاد أحدكم من الدنيا كزاد الراكب
“Hendaklah kamu berbekal untuk kehidupan dunia ini seperti perbekalan orang yang sedang berada di atas kapal.”[i] Sedangkan perbekalan kita adalah dunia itu sendiri dan seluruhnya.”  Lalu para sahabat yang berada di sekeliling Salman berkata: “Mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu wahai Salman. Namun, kami melihat engkau tidak mengambil apa-apa bahagian dari dunia ini melainkan hanya serban, tongkat dan cawan yang menjadi kegunaanmu. Beliau menjawab: “Apakah kamu menganggap remeh hal ini, sesunggunhya aku takut pada hari kiamat nanti ditanya tentang serban, tongkat dan cawanku ini.”
Allahu rabbi, inilah kehebatan zuhud para sahabat yang terlalu takut untuk mengambil dunia secara berlebih-lebihan melainkan mengambilnya sekadar keperluan untuk hidup. Hebatnya kezuhudan Salman al-Farisi kerana walaupun mengambil dunia sekadar keperluan untuk hidup tapi masih bimbang akan di soal di hadapan Allah di hari akhirat nanti.
Orang yang akan menaiki kapal hanya akan membawa bekalan-bekalan yang penting sahaja yang akan digunakan di atas kapal. Mereka tidak akan membawa segala barang-barang yang dimiliki untuk dibawa berasama mereka di atas kapal. Begitu juga dengan kita yang hidup di dunia ini tidak dapat  membawa segala apa yang kita miliki di dunia ini ke dalam kubur melainkan kita hanya boleh membawa amal soleh yang dilakukan sewaktu hidup di dunia.
Cuba hitung diri kita, sejauh mana kita mengambil dunia adakah kita mengambil dunia sekadar keperluan atau kita mengambil dunia seolah-olah kita merasakan bahawa kita tidak akan menemui kematian. Cuba kita bayangkan dengan hanya tiga harta yang dimiliki oleh Salman al-Farisi sewaktu diambang sakaratulmaut pun sudah cukup merisaukannya  untuk berdepan dengan persoalan yang akan ditanya oleh Allah bagaimana kita yang memiliki berbagai-bagai jenis harta dan kekayaan?

Teruskan Membaca¶¶

NAMIMAH (MENGADU DOMBA)

Berbicara mengenai bahaya lisan memang tidak ada habisnya. Lisan, hanya ada satu di tubuh, tapi betapa besar bahaya yang ditimbulkan olehnya jika sang pemilik tak bisa menjaganya dengan baik. Ada pepatah yang mengatakan “mulutmu adalah harimaumu”, ini menunjukkan betapa bahayanya lisan ketika kita tidak menjaganya, sedangkan pepatah jawa mengatakan ajining diri ono ing lati, yang maknanya bahwa nilai seseorang ada pada lisannya, nilainya akan baik jika lisannya baik, atau sebaliknya.

Bahkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi jaminan surga pada seorang muslim yang dapat menjamin lisannya. Dari Sahal bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa menjamin untukku apa yang ada di antara kedua dagunya (lisan) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (kemaluan/farji), maka aku akan menjamin untuknya surga.” (HR. Al-Bukhari)

Teruskan Membaca¶¶